Mahkamah Syariah pada peringkat awalnya dikenali sebagai Mahkamah Kadi Negeri Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1304H bersamaan 1921M penubuhannya berdasarkan kepada Undang-undang No.15 tahun 1304H. Penubuhannya terpakai sehinggalah digantikan dengan undang-undang Pentadbiran Agama Islam Perlis 1963. Mahkamah Kadi pada masa tersebut berada di bawah Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis. Kerajaan negeri perlis telah menggubal dan mewartakan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991 pada 03 Disember 1992 untuk menaiktaraf dan menggantikan struktur Mahkamah Kadi yang sedia ada.

Pada 01 Januari 1995, Mahkamah Kadi diasingkan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan mempunyai pentadbiran sendiri dan diketuai oleh seorang Kadi Besar Perlis sepertimana yang diperuntukan dalam seksyen (3), Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991.

Pada tahun 1996, Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1991 telah dipinda bagi membolehkan penyusunan semula struktur mahkamah. Mahkamah Kadi telah dikenali sebagai Mahkamah Syariah. Menurut Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Perlis 1991 (pindaan) 1996 yang diwartakan pada 30 Mac 2000, struktur organisasi Mahkamah Syariah Negeri Perlis terbahagi kepada tiga peringkat :

  • Mahkamah Rayuan Syariah
  • Mahkamah Tinggi Syariah
  • Mahkamah Rendah Syariah

Kesemua Mahkamah tersebut berada dibawah pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis dengan diketuai seorang Ketua Hakim Syarie. Ketua Hakim pertama ialah YAA Dato’ Kurnia Bakti Hj Othman bin Ismail diikuti YAA Tuan Othman bin Ibrahim dan sekarang jawatan tersebut disandang oleh YAA Tuan Hj Othman Bin Ibrahim. Sebagai penambahbaikan sistem pentadbiran perundangan Syariah di Negeri Perlis, pada tahun 2006 Dewan Undangan Negeri Perlis telah meluluskan beberapa undang-undang baru, antaranya:

  • Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis
  • Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perlis
  • Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah
  • Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
  • Enakmen Tatacara Jenayah Mahkamah Syariah


Sejak berpisah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, banyak perubahan telah berlaku, antaranya pertambahan kakitangan dan pegawai dari hanya 7 orang pada peringkat awal kepada 42 orang pada masa sekarang dengan dibantu pegawai dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Dari segi infrastruktur, sebuah Kompleks Mahkamah Syariah baru telah dibina di Jalan Pegawai melalui peruntukan kerajaan Persekutuan. Bangunan baru tersebut telah mula diduduki sejak tahun 2006 sehingga kini.

JKSNPs

Bangunan baru Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis

HUBUNGI KAMI

Alamat Jabatan :

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis,Darul Qada' Tuanku Syed Sirajuddin,Jalan Pegawai,Persiaran Jubli Emas,01000 Kangar, Perlis.

Tel: (+604) 9760853

          (+604) 9775031 / 5044 / 5017 / 4927

Fax: (+604) 9775107

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

QR Code

Sejarah JKSNPs - QR Code Friendly

Mobile/Web 2.0

PAUTAN AGENSI

Template Settings
Select color sample for all parameters
Red Green Blue Gray
Background Color
Text Color
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Scroll to top