Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) merupakan satu bahagian baru di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang ditubuhkan rentetan daripada permasalahan pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah. Menyedari keruncingan masalah pengabaian perintah Mahkamah Syariah berkaitan pembayaran nafkah anak / eddah, maka Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali ke 46 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi telah bersetuju untuk mewujudkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)

 

FUNGSI DAN PERANAN BSK

  1. Memberikan Khidmat Nasihat Perundangan kepada pihak-pihak secara khusus berkaitan tuntutan nafkah serta tatacara penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman selepas suatu perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
  2. Melaksanakan tugas Peguam Syarie dan Bailif dalam pelaksanaan penghakiman dan penguatkuasaan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah berkaitan dengan nafkah bagi memastikan sesuatu perintah dapat dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak.
  3. Menguruskan bantuan kewangan sementara melalui tapisan kelayakan untuk pertimbangan Jawatankuasa Akaun Amanah bagi membantu Pemiutang Penghakiman terutamanya isteri dan anak-anak.

 

-----------------------------------------------------OOO-----------------------------------------------------

 

UNIT-UNIT SEKSYEN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS

 

 

-----------------------------------------------------OOO-----------------------------------------------------

 

 

UNIT KHIDMAT NASIHAT PERUNDANGAN

  1. Memberikan nasihat perundangan kepada pihak-pihak setelah mendapat aduan daripada Pengadu (bekas isteri / Isteri) atas ketidakpatuhan Perintah Mahkamah Syariah dalam perkara berkaitan Nafkah anak / Nafkah Eddah /Nafkah  Semasa (Berpoligami).
  2. Mengeluarkan Notis kepada pihak-pihak (bekas suami / bapa kepada anak) untuk hadir ke unit ini bagi tujuan siasatan.
  3. Menjalankan sesi Mediasi / Runding Cara kepada pihak-pihak dalam usaha untuk mendapatkan persetujuan pihak-pihak dalam pelaksanaan perintah nafkah yang telah diperintahkan oleh mahkamah.
  4. Membuat Perjanjian Persetujuan hasil daripada Mediasi dan perjanjian tersebut akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan seterusnya akan diendoskan di hadapan Hakim Syarie.

 

UNIT PENGUATKUASAAN & PELAKSANAAN PERINTAH

  1. Memutuskan bentuk pelaksanaan yang akan dikenakan kepada Penghutang Penghakiman (bapa/bekas suami yang ingkar perintah) di mahkamah.
  2. Melaksanakan Waran Tangkap ke atas Penghutang Penghakiman, mengendalikan Penyitaan dan Penjualan, Hiwalah dan lain-lain prosedur yang diarahkan oleh pihak mahkamah.
  3. Menjalankan tugas sebagai Peguam Syarie dalam mendapatkan perintah penguatkuasaan daripada mahkamah.
  4. Bertindak sebagai Bailif bagi menjalankan kaedah-kaedah penguatkuasaan dan melaksanakan perintah penguatkuasaan.
  5. Menjalankan siasatan ke atas Penghutang Penghakiman.

 

UNIT PENGURUSAN DANA

  1. Menyalurkan bantuan pendahuluan nafkah kepada mereka yang benar-benar layak.
  2. Mengemukakan pihak-pihak yang difikirkan layak menerima bantuan kepada Jawatankuasa Akaun untuk pertimbangan dan kelulusan.
  3. Pendahuluan tersebut akan dibayar hanya selama 6 bulan mengikut amaun yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah.

 

SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI MASALAH-MASALAH BERIKUT;

  • Suami @ Bekas Suami Tidak Memberikan Nafkah Eddah / Semasa (Bagi Yang Berpoligami) Dan Sememangnya Anda Mempunyai Perintah Dari Mahkamah Syariah ,
  • Bekas Suami Tidak Memberikan Nafkah Kepada Anak-Anak Sepertimana Yang Telah Diperintahkan Oleh Mahkamah Syariah ,
  • Bekas suami memberi Nafkah, namun tidak menepati amaun sepertimana yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Syariah.

ANDA BOLEH HADIR DAN BERJUMPA DENGAN PEGAWAI SEKSYEN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA, JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS.

HUBUNGI KAMI

Alamat Jabatan :

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis,Darul Qada' Tuanku Syed Sirajuddin,Jalan Pegawai,Persiaran Jubli Emas,01000 Kangar, Perlis.

Tel: (+604) 9760853

          (+604) 9775031 / 5044 / 5017 / 4927

Fax: (+604) 9775107

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

QR Code

Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga - QR Code Friendly

Mobile/Web 2.0

PAUTAN AGENSI

Template Settings
Select color sample for all parameters
Red Green Blue Gray
Background Color
Text Color
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Scroll to top