Frequently Asked Questions

Please select your question category

Search FAQs
View all frequently asked questions

(sekiranya masih hidup) Anda boleh membuat tuntutan nafkah anak, nafkah eddah, harta sepencarian, hak penjagaan anak (hadhanah), sagu hati perkahwinan (muta’ah), hak tempat tinggal semasa dalam eddah, hutang dalam perkahwinan, tunggakan nafkah isteri dan anak. Namun sekiranya pihak Defendan meninggal dunia (bercerai mati), anda boleh membuat tuntutan harta sepencarian , pembahagian harta pusaka (secara faraid) dan hutang dalam perkahwinan.

Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Perlis 2002, jenis perceraian yang boleh difailkan ialah :


a. Tuntutan perceraian
b. Pengesahan Perceraian
c. Tuntutan Fasakh
d. Tuntutan Pengesahan Takliq
e. Khuluk (Tebus Talaq)

Eddah yang ditetapkan oleh Syariat ke atas wanita yang diceraikan suami adalah seperti berikut;

1. Wanita yang diceraikan suami dan ia masih kedatangan haid; eddahnya tiga kali suci

2. Wanita yang diceraikan suami dan ia telah terputus haid (yakni sampai umur putus haid)[2] atau  belum didatangi haid (kerana masih kecil); eddahnya ialah 3 bulan

3. Wanita yang diceraikan suami dan ia mengandung; eddahnya ialah dengan melahirnya anak.

4. Wanita yang dicerai suaminya dan ia menjalani eddah dengan eddah penceraian tadi (iaitu 3 kali suci atau 3 bulan), kemudian sebelum tamat eddah suaminya meninggal, bagi kes ini eddahnya bertukar kepada eddah kematian suami ialah 4 bulan 10 hari (bermula dari tarikh kematian suaminya)

5. Wanita yang diceraikan sebelum disetubuhi oleh suaminya; tiada eddah berdalilkan ayat (bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya (yakni sebelum menyetubuhinya), maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang eddah yang kamu boleh hitungkan masanya.” (Surah al-Ahzab, ayat 49)

1. Eddah Isteri yang masih ada haid;

3 Quru’ ( 3 kali Suci

Pengiraanya seperti berikut:-

  1. Dicerai dalam keadaan suci

(Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 > Haid 2 > Suci 3 > Haid 3 = iddah habis atau selesai sebaik sahaja haid ke 3 bermula.

  1. Dicerai dalam haid atau tidak suci

(Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 > Haid 3 > Suci 3 > Haid 4 = iddah habis sebaik sahaja haid ke 4 bermula

2. Eddah Isteri Yang tiada Haid (belum haid / Monopous)

3 Bulan Hijrah

 

3. Eddah Isteri yang sedang mengandung

Sehingga Melahirkan anak / Keguguran

Selesai `iddah apabila melahirkan anak sama ada hidup atau mati, atau gugur kandungan yang telah membentuk janin yang sempurna atau hanya berbentuk segumpal daging yang  menurut pakar perubatan itulah kandungan yang sebenar.

4. Eddah Isteri Kematian Suami

 

Tempoh 4 Bulan 10 hari

 

  1. Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talakraj`iedan tidak mengandung;
  2. Kematian suami sama ada telah disetubuhi atau belum disetubuhi dan tidak mengandung;

Tiga kali Suci

Berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talakba’indan tidak mengandung 

5. Eddah isteri yang Haid tidak menentu / Istihadhah

    1. Haid tidak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya.   Tiga kali suci
  1. Haid tidak menentu dan tidak  mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid danistihadhah. 3 Bulan Hijrah

         6. Eddah Isteri Suami Hilang

Isteri wajib menunggu selama empat tahun. Selepas tempoh tersebut, isteri  wajib pula ber`iddah dengan `iddah kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.

           7. Eddah Isteri belum disetubuhi

tiada

Seseorang yang berkelayakan untuk menjadi seorang penjaga mestilah dia :

  1. Beagama Islam;
  2. Sempurna Akal;
  3. Berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu.
  4. Berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah.
  5. Tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

*Seksyen 83 Enakmen Udang-undang Keluarga Islam 2006

Talak ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau seumpamanya berdasarkan Al-Quran, as-Sunnah dan ijma’ ulama’. Perceraian boleh dilakukan dengan lafaz Sharih/ soreh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran), begitu juga perceraian boleh dilakukan dengan talaq raj’ie atau talaq ba’in.

Lafaz  soreh iaitu lafaz yang boleh difahami oleh orang yang mendengarnya dengan makna talak. 

Lafaz Kinayah adalah lafaz-lafaz selain dari perkataan Talaq dan firaq atau cerai. Lafaz yang boleh difahami dengan makna talaq dan boleh juga difahami dengan makna yang lain.

Penceraian yang terdapat di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Perlis 2006 yang berkuatkuasa  adalah seperti berikut :

Penceraian dengan lafaz Talaq;

Pengesahan Lafaz Talaq;

Fasakh

Pertukaran Agama

Takliq

Tebus Talaq

Khuluk

Anggapan Kematian

Li’an

1. Ta’liq ertinya suatu perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak.

2. Cerai takliq boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas takliq dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh Mahkamah

Anggapan mati ialah apabila suami seorang perempuan telah mati atau dipercayai telah mati atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan itu hendak berkahwin lain, hendaklah terlebih dahulu mendapat pengisytiharan anggapan kematian daripada Mahkamah Syariah.                           

*Seksyen 54(1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2006

Pihak tuan/puan bolehlah membuat tuntutan harta sepencarian tersebut diMahkamah Tinggi Syariah

Tuntutan yang ingin dibuat adalah Tuntutan Harta Sepencarian dan Tuan/Puan boleh memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah.

.                                         *Seksyen 61(3)(b) (iv) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006

Li’an adalah sumpah suami bahwa isterinya telah berzina  dengan orang lain dan menafikan anak yang dilahirkan isterinya akibat zina tersebut.

Jika seorang suami menuduh isterinya berzina, dia akan dikenakan hukuman qazaf, 

Jika pihak-pihak kepada suatu perkahwinan telah bersumpah secara li'an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syarie,berdua difarak dan dipisahkan---wajib tinggal berasingan--- selama-lamanya.

Seksyen 81, Akta [303],
(1) Tertakluk kepada Seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak daripada mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3),hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan iaitu:

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas;
(b) bapa;
(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas;
(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(e) kakak atau adik perempuan seibu;
(f) kakak atau adik perempuan sebapa;
(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(h) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
(j) emak saudara sebelah ibu;
(k) emak saudara sebelah bapa;
(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuari:

Dengan syarat penjagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.

Hukum Syarak menetapkan bahawa ibu adalah orang yang paling berhak terhadap penjagaan anak (Hadhanah) sekiranya ibu hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak maka hak tersebut diberikan kepada nenek sebelah ibu ke atas kemudian barulah bapa.                                             *Seksyen 82 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006

Nenek sebelah Ibu hingga ke atas,

Bapa;

Nenek

Nenek Sebelah Bapa hingga ke atas;

Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

Kakak atau adik perempuan seibu;

Kakak atau adik perempuan sebapa;

Anak Perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

Anak Perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;

Anak Perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;

Emak Saudara Sebelah Ibu;

Emak Saudara sebelah Bapa;

Waris Lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai “asabah atau residuari

Dengan syarat tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu

.                                             *Seksyen 82 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006

Hak seorang perempuan terhadap penjagaan (hadhanah) boleh hilang :


i. Jika dia berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan.


ii. Jika dia berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka.
iii. Jika dia menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu.
iv. Jika dia murtad.
v. Jika dia cuai atau menganiaya kanak-kanak itu.


*Seksyen 84 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006

Hak penjaga bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki. Manakala umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.

Penjagaan kanak-kanak tak sahtaraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara mara ibu.

.                                                         *Seksyen 86 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006

Anda boleh memfailkan kes hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah di mana tempat anda bermastautin.

.                                                         *Seksyen 87  dan seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006

Surat penghakiman atau perintah akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu selepas kes selesai dengan permohonan. Perintah Mahkamah akan dikeluarkan apabila permohonan mengeluarkan perintah dibuat beserta bayaran yang ditetapkan. Adalah dinasihatkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam sesuatu perintah Mahkamah memohon perintah dikeluarkan segera (selepas kes selesai). Penghakiman atau Perintah bertulis Mahkamah amat penting bagi permohonan penguatkuasaan perintah.

Anda tidak akan dibenarkan berjumpa dan mengadu kepada Hakim bagi mengelakkan ketidakadilan (berat sebelah). Masa untuk berjumpa hakim ialah apabila kes anda disebut/dibicarakan di dewan Mahkamah semasa Mahkamah bersidang. Sekiranya anda ada urusan berkaitan dengan perbicaraan atau kes, bolehlah berjumpa dengan pihak Pendaftar, Penolong Pendaftar atau Pembantu Pendaftar.

Terdapat 2 jenis pendaftaran kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:

a) Tuntutan
b) Permohonan

Tuntutan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan Saman beserta penyata tuntutan. Permohonan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan notis permohonan beserta afidavit sokongan.

Semua orang Islam yang berkahwin secara sah mengikut Hukum Syarak dan bermastautin di dalam sesuatu negeri boleh mendaftarkan permohonan atau tuntutan di mana-mana Mahkamah Syariah di tempat dia bermastautin.

a) Saman / Permohonan tidak dapat diserahkan kepada Defendan / Responden. 
b) Afidavit penyampaian tidak difailkan apabila penyerahan dibuat di luar Negeri. 
c) Plaintif atau Defendan mohon tangguh untuk penyelesaian luar mahkamah. 
d) Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana tidak dapat pelepasan cuti daripada majikan. 
e) Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana cuti sakit. 
f) Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana cuti kecemasan. 
g) Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana untuk melantik peguam. 
h) Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana untuk memfailkan dokumen. 
i) Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana saksi tidak dapat disepina. 
j) Plaintif atau Defendan mohon tangguh kerana saksi tidak dapat hadir. 
k) Peguam mohon tangguh kerana cuti sakit. 
l) Peguam mohon tangguh kerana cuti kecemasan. 
m) Peguam mohon tangguh kerana ada kes di Mahkamah yang lebih tinggi. 
n) Peguam mohon tangguh kerana tarikh yang diberikan bertindih dengan tarikh yang ditetapkan terdahulu. 
o) Peguam mohon tangguh kerana dokumen yang diperlukan masih belum diperolehi. 
p) Peguam mohon tangguh kerana atas arahan anak guam. 
q) Saman kepada OKT tidak dapat diserahkan. 
r) Waran tangkap tidak dapat diserahkan. 
s) Afidavit penyampaian kepada OKT tidak difailkan apabila membabitkan luar negeri. 
t) Pendakwa tidak dapat memberi alamat terkini OKT. 
u) Hakim cuti kecemasan. 
v) Hakim cuti sakit. 
w) Hakim menangguhkan kes atas sebab pihak-pihak/peguam tidak hadir tanpa sebab. 
x) Hakim menangguhkan kes atas sebab-sebab pentadbiran.

Pada lazimnya,  sebutan akan akan dibuat dalam masa 21 hari selepas pendaftaran disempurnakan.

Permohonan Wali Hakim dibuat apabila berlaku keadaan seperti berikut :

a) Tiada wali yang sah dari nasab
b) Wali ghaib
c) Saudara baru / Muallaf
d) Anak tak sah taraf
e) Wali enggan
f) Wali dalam ihram haji/umrah
g) Wali tidak dapat dihubungi atas sebab darurat

1. Bagi lelaki - Tidak kurang daripada 18 tahun

2. Bagi perempuan - Tidak kurang daripada 16 tahun

Berdasarkan peruntukan sek 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Perlis, prosedurnya adalah seperti berikut:

1) Permohonanan poligami tersebut hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah. Bagi perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di bawah subseksyen(1)(nikah luar negara) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak.

2) Hendaklah bermastautin dalam Negeri Perlis.

3) Permohonan kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah dengan disertai afidavit yang diikrarkan .

4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu.

5) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan:-

a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-     isteri yang sedia ada; atau

b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.

 

 

 

 

Berdasarkan sek 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Perlis, seseorang lelaki yang memohon poligami di negeri Perlis tidak perlu mendapat izin daripada isteri atau isteri-isteri sedia ada namun Hakim boleh atas budibicaranya untuk memanggil isteri atau isteri-isteri sedia untuk diambil keterangan sama ada bersetuju atau tidak dengan perintah nafkah atau apa-apa harta sepencarian demi keadilan kedua-dua pihak.

Kes Faraid ialah kes yang didaftarkan untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya. Harta pusaka (faraid) terbahagi kepada dua : 

a) Harta tak alih seperti tanah dan rumah 
b) Harta alih adalah seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji, Insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas dan seumpamanya.

Dokumen yang diperlukan ialah: 

i) Borang permohonan yang lengkap. 
ii) Salinan sijil mati si mati atau surat akuan. 
iii) Salinan kad pengenalan waris-waris/sijil kelahiran atau surat akuan. 
iv) Salinan geran harta/buku akuan/penyata. 
v) Sijil nilaian harta jika ada. 
vi) Wang proses mengikut nilai penuh harta pusaka (RM30.00/RM20.00/RM10.00)

Antara asas-asas yang dipertimbangkan ialah : 

i) Sama ada perkahwinan itu sah atau tidak mengikut Hukum Syarak. 
ii) Sama ada kematian berlaku sebelum atau selepas akad nikah. 
iii) Adakah pasangan pernah bersama atau tidak. 
iv) Adakah harta tersebut milik si mati atau tidak? 
v) Sekiranya bercerai hidup, adakah dalam eddah talak rajie

Proses kerja yang terlibat ialah: 


i) Mengemukakan permohonan. 
ii) Terima permohonan. 
iii) Semak. 
iv) Jika lengkap terima dan daftar. 
v) Siasatan waris dijalankan pada hari pendaftaran atau pada hari lain yang ditetapkan. 
vi) Apabila siasatan selesai, pengiraan dibuat. 
vii) Dapatkan sijil dalam masa 5 hari selepas siasatan ahli waris selesai. 
viii) Pemberitahuan akan diberitahu pada hari siasatan selesai.

Pembahagian ini telah termaktub di dalam kitab Al Quran surah al-Nisa’ ayat 11 yang bermaksud: Allah perintahkan kamu mengenai (Pembahagian Harta Pusaka harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai dua bahagian anak perempuan.

Bahagian waris lelaki menyamai dua bahagian waris perempuan adalah kerana:-

  1. seseorang lelaki diwajibkan membayar mahar kepada isteri dan dipertanggungjawab memberi nafkah isteri dan anak-anak; dan dipertanggugjawabkan menyediakan perbelanjaan pelajaran , perubatan kepada ahli keluarga lain serta komitmen yang tinggi berbanding perempuan;
  2. seseorang perempuan dari segi perbelanjaan sudah terjamin kerana semuanya telah dipertanggungkan ke atas lelaki;
  3. seseorang perempuan juga, tidak diwajibkan memberi nafkah kepada ahli keluarganya

Sebab-sebab yang telah disepakati oleh ulama adalah kerabat atau keturunan, perkahwinan dan wala’

  1. Kerabat atau keturunan merupakan hubungan nasab antara pewaris (si mati) dengan waris (penerima) disebabkan kelahiran.
  2. Perkahwinan yang sah di sisi syara’. Oleh yang demikian, suami dan isteri saling mewarisi di antara satu sama lain jika salah seorang daripada mereka meninggal dunia.
  3. Wala’  merupakan perhubungan di antara tuan dengan hamba yang dibebaskan.


Antara halangan-halangannya adalah;

  1. Pembunuhan, waris yang membunuh pewarisnya tidak boleh mewarisi harta pusaka pewaris yang dibunuhnya, Namun begitu ulama berselisih pendapat berhubung dengan jenis pembunahan yang boleh menghalang seseorang daripada mewarisi.
  2. Perbezaan Agama, waris dan pewarisi berbeza agama.
  3. Murtad, kedudukan orang murtad dianggap sebagai telah mati, murtad hendaklah diistihar terlebih dahulu oleh mahkamah;
  4. Penghambaan, hamba tidak boleh mewarisi.

Anda tidak boleh mewarisi harta pusaka bapa, walaubagaimana pun anda boleh mewarisi harta pusaka ibu dan boleh saling mewarisi.

Anak yang lahir daripada hasil zina atau anak li’an (bapa bersumpah tidak mengaku anak) nasab keturunannya hanya dikaitkan dengan ibunya sahaja dan hanya saling mewarisi dengan ibunya sahaja tidak dengan bapanya.

Anda tidak boleh mewarisi harta pusaka bekas isteri anda kerana hubungan perkawinan telah terputus, semua penceraian talak bain sama ada talak tiga, bercerai hidup sebelum bersetubuh, fasakh dan khulu’ (tebus talak) tidak melayakkan atau menghalang seseorang daripada mewarisi harta pusaka.

Bekas isteri anda tidak boleh menuntut harta pusaka anda kerana apabila telah bercerai, bekas isteri bukanlah sebagai waris yang sah menurut hukum syarak.Namun begitu, sekiranya isteri yang diceraikan masih di dalam tempoh iddah ketika bekas suami meninggal dunia, si isteri berhak mendapat harta pusaka anda, begitu jugalah sebaliknya sekiranya si isteri meninggal.

Seseorang yang mengambil insuran Islam(takaful) akan menamakan individu sebagai penerima manfaat di atas kematianya,sekiranya penerima manafaat itu sebagai wasi harta tersebut wajib difaraidkan dan jika penerima manfaat itu sebagai penerima hibah adalah menjadi haknya dan bukan sebagai harta pusaka. 

Kesemua jenis wang tersebut diatas adalah harta pusaka wajiblah dibahagikan mengikut mengikut hukum syara’ kepada waris-waris yang sah.

Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan tuntutan Fasakh ialah apabila suami atau isteri : 

a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari 1 tahun.
b) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
d) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama 1 tahun.
e) Telah mati pucuk.
f) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
g) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
h) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
i) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
j) Memaksa isteri hidup secara lucah.
k) Melupuskan harta isteri.
l) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
m) Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
n) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
o) Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.

Mutaah ertinya bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syarak kepada isteri yang diceraikan. Ia dilaksanakan atau diberi selepas tamatnya iddah.

Mahkamah boleh selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak.

Segala bentuk saguhati yang berupa harta atau barangan bernilai yang diberikan oleh suami kepada bekas isterinya selepas berlakunya penceraian.

Sekiranya penjanjian atau persetujuan berkenaan tuntutan mutaah itu dibuat sebelum lafaz cerai maka puan masih lagi boleh menuntut. Namun sekiranya penjanjian atau persetujuan tersebut direkodkan selepas lafaz cerai maka puan tidak boleh menuntut lagi. Hak mutaah hanya wujud setelah lafaz cerai dilafazkan oleh suami, oleh yang demikian tidak sah penjanjian atau persetujuan yang dibuat terhadap perkara yang masih belum wujud

Hak Mutaah akan gugur apabila isteri bersetuju dalam perjanjian yang dibuat selepas perceraian bahawa dia tidak akan menuntut mut'ah daripada suaminya. Hak Mutaah juga gugur bilamana penceraian berlaku melalui Khulu’ atau Tebus Talaq dan Fasakh yang disebabkan keaiban isteri.

 

Kadar mutaah tidak ditetapkan oleh hukum Syarak,ianya bergantung kepada pentafsiran oleh mahkamah dan juga kemampuan bekas suami dan tidak semestinya berupa wang ringgit.

Puan masih boleh menuntut, kerana tiada tempoh tertentu dan boleh dituntut pada bila-bila masa. Namun begitu sekiranya puan telah mempunyai perintah mutaah daripada mahkamah dan telah melebihi enam tahun perintah tersebut puan hendaklah memohon kebenaran mahkamah terlebih dahulu untuk perlaksanaan perintah tersebut.

Puan boleh mengemukakan tuntutan Mutaah di Mahkamah Syariah dan Mahkamah akan menilai kadar Mutaah itu berdasarkan bukti yang dikemukakan dan perintah sewajarnya menurut hukum Syarak.

Dalam perkara ini apabila puan telah memperolehi perintah dari Mahkamah Syariah tentang pemberian nafkah dan bekas suami puan dengan sengaja cuai ataupun ingkar untuk melaksanakan perintah tersebut maka puan bolehlah merujuk masalah puan ini di mahkamah syariah berhampiran. Di mahkamah syariah terdapat satu unit yang dipanggil Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) khususnya membantu mereka-mereka yang berhadapan dengan masalah pelaksanaan nafkah.

Di antara fungsi-fungsi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) ialah:

a) Meleraikan Konflik dihadapi wanita serta ibu tunggal yang berdepan masalah mendapatkan nafkah seperti diperintahkan mahkamah.

b) Melaksanakan penguatkuasaan ke atas perintah mahkamah khususnya dalam kes nafkah dan saraan.

c) Memberi khidmat nasihat perundangan Islam kepada orang awam.

d) Meyalurkan bantuan kewangan sara hidup sementara melalui sumber dana kewangan yang diharuskan hukum syarak kepada keluarga yang menghadapi masalah tuntutan nafkah.

e) Membetul salah faham terhadap kelewatan membabitkan masalah mematuhi perintah mahkamah seperti pembayaran nafkah dan hak penjagaan anak.

HUBUNGI KAMI

Alamat Jabatan :

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis,Darul Qada' Tuanku Syed Sirajuddin,Jalan Pegawai,Persiaran Jubli Emas,01000 Kangar, Perlis.

Tel: (+604) 9760853

          (+604) 9775031 / 5044 / 5017 / 4927

Fax: (+604) 9775107

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

QR Code

SOALAN LAZIM - QR Code Friendly

Mobile/Web 2.0

PAUTAN AGENSI

Template Settings
Select color sample for all parameters
Red Green Blue Gray
Background Color
Text Color
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Scroll to top