Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera, Salam Perlis, Salam 1 Malaysia

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wrt. wbt. Alhamdulillah, saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan segala limpah kurniaan-Nya kita diberi kudrat untuk meneruskan kesinambungan bagi melaksanakan amanah Allah SWT di maka bumi ini. Semoga dengan kehadiran tahun 2017 ini dimulakan dengan semangat dan azam yang baru serta dibuka segala pintu kebaikan oleh Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Pertamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga JKSNPs atas pencapaian yang membanggakan sepanjang  tahun 2016 yang telah pun melabuhkan tirainya. Bagi tahun 2016, JKSNPs telah berjaya melaksanakan segala perancangannya dengan cemerlang. JKSNPs adalah negeri yang pertama telah berjaya menyelesaikan kes-kes tertunggak sejak tahun 2014.

Sebagai Ketua Jabatan, sukacita saya ingin maklumkan bahawa, pada tahun 2016 jumlah pendaftaran semua kes sebanyak  2044 kes. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1682 kes telah berjaya diselesaikan. Pada tahun 2016 juga, JKSNPs telah berjaya mendapat tempat kedua dalam audit pematuhan Arahan Amalan JKSM. Saya berharap pada tahun 2017, JKSNPs akan lebih cemerlang dengan program dan aktiviti yang dirancang khususnya untuk JKSNPs sendiri dan umumnya untuk rakyat dan masyarakat Negeri Perlis.

 Kejayaan dan pencapaian ini tidak lain dan tidak bukan adalah merupakan hasil usaha kesepaduan antara pegawai dan kakitangan secara keseluruhannya. Kita ibarat sebuah bangunan yang tersergam indah, disokong oleh tiang-tiang dan tapak yang kukuh. Jika salah satu tiang tersebut rosak, sudah pasti kedudukan bangunan tersebut goyah dan tidak selamat.  

Setelah pelbagai usaha dan pencapaian telah dapat dilaksanakan di JKSNPs, saya yakin bahawa JKSNPs mampu menjadi sebuah institusi kehakiman syariah yang berwibawa dan adil selari dengan visi dan misi yang dibawa, dengan adanya sokongan jitu dan kerjasama daripada semua pihak khususnya warga kerja JKSNPs, pengamal undang-undang, agensi-agensi agama serta masyarakat secara umumnya.

Pada tahun 2017, Saya yakin dan percaya bahawa JKSNPs telah merancang banyak program untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai khususnya rakyat negeri Perlis. Antaranya i-post, penambahbaikan laman Web JKSNPs dan MS ISO. Semua penambahbaikan tersebut adalah usaha kearah menjadikan JKSNPs sebuah institusi kehakiman yang mampu berdiri lebih baik dan akan dipandang tinggi oleh masyarakat dalam aspek perundangan Syariah.

Dalam menjadikan JKSNPs sebagai sebuah institusi kehakiman yang menuju ke arah kecemerlangan, kerjasama yang erat dalam kalangan warga kerja JKSNPs, para peguam dan masyarakat secara umumnya amatlah diharapkan bagi melahirkan semangat kebersamaan dan kekitaan untuk mengikis segala fitnah dan persepsi negatif yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan nama baik Mahkamah Syariah di Perlis.

Kepada semua Hakim Syarie di Negeri Perlis ini, besar harapan saya sekiranya masih ada kes-kes tertunggak di Negeri Perlis ini, ianya dapat diselesaikan dengan segera. Sekiranya punca tertangguhnya kes-kes tersebut disebabkan faktor kelemahan mahkamah, maka ianya perlulah diperbaiki dan ditangani segera. 

Saya mengingatkan kepada diri saya dan semua kakitangan terutamanya para Hakim dan petugas kaunter agar memberikan layanan yang baik dan menghormati  pihak-pihak sewaktu prosiding sedang berjalan termasuklah menghormati peguam-peguam yang mewakili kes. Berlemah lembut bukan bermakna kita boleh dipergunakan sebaliknya dengan mempamerkan sikap tegas boleh meningkatkan lagi rasa hormat pihak-pihak kepada Mahkamah.

Saya juga amat berharap pada tahun 2017 ini, semua kakitangan JKSNPs mengambil bahagian dalam semua program dan aktiviti yang telah dirancang oleh Jabatan seperti kursus, bacaan Al Quran dan tazkirah, sukan dan lain-lainya agar ukhuwwah sesama kakitangan JKSNPs lebih erat, mesra disamping dapat menambah ilmu pengetahuan.

Akhir kalam daripada saya, terima kasih sekali lagi kepada semua atas segala usaha dan tenaga yang telah dicurahkan sepanjang tahun 2016. Semoga jabatan yang kita sayangi ini akan terus bergerak maju dan menjadi institusi kehakiman syariah yang berwibawa berteraskan keadilan.

Inshaa Allah....

Y.A.A.  TUAN HJ OTHMAN BIN IBRAHIM

KETUA HAKIM SYARIE

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERLIS

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 AM - 1.00 PM
2.00 PM - 5.00 PM

Jumaat

8.00 AM -12.15 PM
2.45 PM - 5.00 PM

QR CODE

PERUTUSAN KETUA HAKIM SYARIE SEMPENA TAHUN BARU 2017 - QR Code Friendly

SERTAI KAMI

FB   YOUTUBE   INSTAGRAM

 

KAUNTER PELAWAT

Hari ini83
Jumlah Pelawat376547
Kemaskini terakhir: 18 June 2018.

PAUTAN AGENSI

Template Settings
Select color sample for all parameters
Red Green Blue Gray
Background Color
Text Color
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Scroll to top