(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Perlis dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Hakim Syarie boleh bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.

(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah :

    (a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum dibawah Enakmen Undang-Undang Keluarga

    Islam Negeri Perlis atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuatkuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam,

    dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan

    (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau

    prosiding itu adalah berhubungan dengan :

         (i) pertunangan, perkahwinan, ruju', perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan

          perhubungan antara suami isteri;

         (ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);

         (iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak;

         (iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

         (v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut;

         (vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seorang orang Islam;

        (vii) wakaf atau nazr;

        (viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;

        (ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu                        berhak;

        (x) pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;

        (xi) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; dan

        (xii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 AM - 1.00 PM
2.00 PM - 5.00 PM

Jumaat

8.00 AM -12.15 PM
2.45 PM - 5.00 PM

QR CODE

Mahkamah Tinggi - QR Code Friendly

SERTAI KAMI

facebookicon

YOUTUBE   INSTAGRAM   TWITTER

KAUNTER PELAWAT

Hari ini54
Jumlah Pelawat405264
Kemaskini terakhir: 25 September 2018.

PAUTAN AGENSI

Template Settings
Select color sample for all parameters
Red Green Blue Gray
Background Color
Text Color
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Scroll to top