(1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Perlis dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah.

(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah :

     (a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalah yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Perlis atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan

    (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak temasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

(3) Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperluaskan bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah.

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 AM - 1.00 PM
2.00 PM - 5.00 PM

Jumaat

8.00 AM -12.15 PM
2.45 PM - 5.00 PM

QR CODE

Mahkamah Rendah - QR Code Friendly

SERTAI KAMI

facebookicon

YOUTUBE   INSTAGRAM   TWITTER

KAUNTER PELAWAT

Hari ini28
Jumlah Pelawat413818
Kemaskini terakhir: 19 October 2018.

PAUTAN AGENSI

Template Settings
Select color sample for all parameters
Red Green Blue Gray
Background Color
Text Color
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Scroll to top