-
Hits: 1017
1 NOVEMBER 2017 - Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis telah menganjurkan " KEJOHANAN 8P TABLE TENNIS 2017 ".
Pertandingan tersebut telah bermula pada 30 Oktober 2017 yang disertai oleh jabatan kerajaan dan syarikat swasta di Negeri Perlis. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis telah menjuarai kojohanan (Johan) tersebut. Naib Johan telah disandang oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perlis manakala tempat ke-3 bersama dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis dan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Pertandingan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan dimeriahkan lagi dengan sokongan padu oleh penyokong pasukan masing-masing.