Polisi ini bertujuan untuk menerapkan amalan e-penyertaan dan penglibatan awam dalam meningkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis.

JKSNPs sentiasa bersikap terbuka kepada awam agar keputusan dan perkhidmatan yang diberikan semakin baik.

Objektif penyertaan awam ini adalah untuk melibatkan orang awam atau dalam perkhidmatan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara saluran komunikasi yang disediakan oleh JKSNPs adalah seperti Undian Portal, Maklum balas/pertanyaan/aduan/cadangan, dan Media Sosial JKSNPs iaitu Facebook, Instagram dan Youtube.

JKSNPs berharap penyertaan awam dilaksanakan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan Penyertaan Umum ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots”atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan

HUBUNGI KAMI

Alamat Jabatan :

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis,Darul Qada' Tuanku Syed Sirajuddin,Jalan Pegawai,Persiaran Jubli Emas,01000 Kangar, Perlis.

Tel: (+604) 9760853

          (+604) 9775031 / 5044 / 5017 / 4927

Fax: (+604) 9775107

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

QR Code

e-Penyertaan - QR Code Friendly

Mobile/Web 2.0

PAUTAN AGENSI

Template Settings
Select color sample for all parameters
Red Green Blue Gray
Background Color
Text Color
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Scroll to top