A- A A+

Kursus Alasan Penghakiman 1

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis dengan kerjasama Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menganjurkan Kursus Penyediaan Alasan Penghakiman Dan Teks Penghakiman pada 1 dan 2 Ogos 2018 di Putra Regency Hotel, Kangar Perlis.

 

 

Kursus Alasan Penghakiman 2

Seramai 40 orang peserta dari seluruh negara telah mengikuti kursus tersebut. Kursus ini dikendalikan oleh dua orang penceramah yang berpengalaman iaitu Tuan Mohd Zakian Bin Dio, Pengarah Bahagian Latihan JKSM dan YA Mohamed Fouzi Bin Mokhtar, Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta berhubung kaedah-kaedah, bentuk-bentuk dan dokumentasi bagi penyediaan alasan penghakiman dan teks penghakiman di Mahkamah Syariah. Peserta turut diberi pendedahan tentang isu-isu utama, hak-hak dan kesan penghakiman dan alasan penghakiman serta teks penghakiman semasa kes rayuan.

Perasmian majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Arif Tuan Haji Othman Bin Ibrahim, Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis. Dalam ucapannya, beliau berharap semua peserta kursus yang terdiri daripada hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah seluruh negara, rajin membaca dan menulis alasan penghakiman serta mengaplikasikan segala ilmu dan teknik penulisan yang telah dipelajari selama menghadiri kursus ini.

Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri kerana telah memberi kerjasama yang sangat baik sehingga kursus ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

PENGUMUMAN

HTML marquee Tag KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN BAGI LAMAN WEB RASMI JKSNPs TAHUN 2018 

---------------------------------------

Sila ambil perhatian bahawa tempoh pembaharuan Sijil Amalan Peguam Syarie Negeri Perlis adalah seperti kehendak Seksyen 22 Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1995 (Negeri Perlis) 

CAPAIAN PANTAS

Malay Arabic English

GALERI MEDIA

Image Audio Video

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 AM - 1.00 PM
2.00 PM - 5.00 PM

Jumaat

8.00 AM -12.15 PM
2.45 PM - 5.00 PM

QR CODE

KURSUS PENYEDIAAN ALASAN PENGHAKIMAN  DAN TEKS PENGHAKIMAN - QR Code Friendly

SERTAI KAMI

facebookicon

YOUTUBE   INSTAGRAM   TWITTER

KAUNTER PELAWAT

Hari ini117
Jumlah Pelawat413015
Kemaskini terakhir: 16 October 2018.

PAUTAN AGENSI

Template Settings
Select color sample for all parameters
Red Green Blue Gray
Background Color
Text Color
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Scroll to top